1. Ramai generasi muda sekarang tidak begitu memahami tentang kontrak sosial dan jus soli. Dari diskusi dan sembang secara tidak formal dengan generasi ini, baik kalangan Melayu, Cina dan India cukup untuk memberi pengajaran betapa rendahnya pemahaman mereka mengenai kontrak sosial dan apa itu jus soli.
2. Kontrak Sosial ialah persetujuan dicapai sebelum merdeka dalam kalangan pemimpin Melayu, Cina dan India, melalui parti mereka wakili, iaitu UMNO , MCA dan MIC. Ia adalah persetujuan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Hasil dari persetujuan , musyawarah dan permuafakatan ini memberi sokongan rakyat melalui kemenangan Parti Perikatan pada pilihanraya pertama 1955. Kita jangan salah faham, kontrak sosial bukan istilah yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan pada 1957 tetapi permuafakatan yang mewakili semangat penyatuan masyarakat majmuk yang mempunyai roh perlembagaan berkenaan. Jika tiada kontrak sosial mungkin gagal negara kita gagal mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, kerana penjajah British ketika itu menjadikan permuafakatan memboleh Malaya diiktiraf sebagai negara merdeka. Justeru, ianya berhubung kait dengan 4 perkara utama iaitu, perlembagaan, kemerdekaan, hubungan kaum dan sistem pemerintahan negara.
3. Jus Soli Ia adalah bahasa Latin bermaksud 'hak untuk kawasan' (right of the soil",[1 commonly referred to as birthright citizenship) . Kaum minoriti yang bukan dalam kalangan bumiputra telah diberikan status kerakyatan secara jus soli berdasarkan tempat kelahiran tanpa mengira bangsa dan keturunan. Atas dasar toleransi yang tinggi daripada penduduk asal orang melayu , bangsa lain perlu tidak mengelak daripada mempertikaikan hak orang melayu dan Islam.Mereka perlu memahami hak istimewa bumiputera mencakupi kontrak sosial, iaitu bukan melayu diberikan kewarganeraan berdasarkan syarat tertentu, manakala bumiputera pula diberikan perlindungan melalui artikel dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung hak istimewa.
4. Perlu dingatkan bahawa permuafakatan tidak hanya terikat kepada masa tertentu sehingga ada yang membuat andaian kononnya (kontrak sosial) tidak lagi relevan sekarang ini. Itu adalah persepsi silap yang perlu diperbetulkan. Perlembagaan Persekutuan dirangka oleh pakar perlembagaan dari India, British dan hanya seorang hakim Melayu ketika itu, sekali gus menolak tanggapan atau dakwaan kononnya ia dirangka oleh Sultan dan orang Melayu. Persetujuan yang sudah termeterai sekian lama itu perlu diteruskan. Generasi muda sekarang ini ramai yang lalai dan anggap kontrak sosial dan jus soli hanya sesuai pada era nenek moyang mereka, sedangkan ia masih relevan sepanjang zaman. Selagi 9 Sultan dan Majlis Raja-Raja melindungi hak keistimewaan orang Melayu dan Islam negara ini, selagi itulah kontrak sosial perlu dipertahankan. Jangan sesekali mempertikaikan kontrak sosial dengan andaian negatif kononnya ia hanya untuk kepentingan Melayu dan tidak adil kepada kaum lain.
Untuk maklumat lanjut sila layar website Kontrak Sosial

No comments:
Post a Comment